Sunday, April 01, 2007

Selepas 2 tahun menghilang....

Hi, fuhhh..lama aku menghilang..sedar tak sedar dah 2 tahun aku tak masuk sini..sekarang dah 2007... ingatkan dah takde lagi aku nye blog.. dapat lagi rupanya... baguih jugak..
Dalam 2 tahun ni dah banyak yang terjadi kat aku.. dah banyak berubah.. aku sekarang dah bergelar suami.. hah..suami? yup suami la fuad..apa lagi.. aku dah kawin rupanya.. hauhauhau... yup..dengan insan yang paling aku cintai, Nor Zakiah Bt Lamin.. dan yang paling best lagi, InsyaAllah bulan November ni aku akan bergelar ayah la pulak... Alhamdulillah... Nampaknya aku kena keje keras lagi la...

Tapi 'penyakit' aku ni tak jugak hilang2...harap2 beransur hilang la.. penat beb.. dah jadi laki orang, tak leh malas2 lagi.. kurangkan tido, tingkatkan produktiviti..hehehe...

Aku pon dah tukar keje..sekarang dah masuk line bank pulak.. lepas tinggal MIMOS pada akhir 2005, aku join bank.. bukan sebarang bank, the world's local bank (kata depa la) ..HSBC.. heheh.. pon bahagian sales..nampaknya aku takleh lari dari sales la... keje bank ni banyak tekanan la.. hari2 kena marah.. target paling penting..nak2 kita keje ngan kompeni yang cam ni..kadag2 tu terfikir gak, bila la nak tuka keje? bosan jugak ari2 kene marah ngan bos, ari2 sakit ati ngan die, lama2 tak pasal2 aku tumbuk je muka dia.. kuehkuehkueh... sabar je la..kita keje bawah dia..bukan kompeni kita pon..betol idak?

hmmm...tu la..harap2 ari mendatang lebih baik untuk aku & family... tanggungjawab dah besar..
pandai2 la bawak diri ye fuad... chiow..

Thursday, September 15, 2005

Istidraj...

Minggu lepas, kawan seofis Fendi tanya "Kenapa kadang kala kita lihat seseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat, murah rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran?". So, Fendi pun jawablah yang kdg kala sesuatu anugerah Allah swt kpd seseorg
individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu. Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik. Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan
kemurkaan Ar-Rahman.

Teringat juga Fendi pd satu penjelasan ustazah sekolah rendah dulu. Ada member tanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan. Ustazah kata itu tandanya Allah sayang pada kita. Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan suara
hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan lupa utk bersyukur pd yg Esa.

Tup-tup dpt pula artikel ni drp seorg rakan. A very relevant and interesting article. Semoga Allah beratkan timbangan ibadah kita drp timbangan dosa di Pdg Mahsyar nanti. InsyaAllah..
Apakah dia istidraj itu? Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj. Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah baha wa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi) Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam. Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Ke napa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak,dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak t akut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka. Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh
kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api.
Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt. Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang la in mati,namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan.
Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia. Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya,jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya,akhirnya binasa juga. Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang
/mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta
mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang
diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.
Wallahualam. "

Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:
" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."

Tuesday, May 03, 2005

Penyakit yang tak hilang2

urghhh!!!! malasnye aku...bestnye tidor.... tu la penyakit aku yang belom nak pulih... aku pon bengang..heheh... nape la aku malas sangat... memang terasa malasnye... tu yang rezeki payah nak masuk tu....
paling aku malas ialah malas nak gi keje...wah..wah..wah...ko ingat kompani ni ko yang punye ke???..heheh... keje selalu masuk lambat..malas nak bangun pagi...
Semangat aku ni lemah kot... bukan sebab takut hantu.. tapi tak takut kat diri sendiri.. ikut je 'dia' cakap ape... kalo 'dia' kata, "tak yah la gi keje ari ni"..heheh.. dengan bersemangatnya aku akan menurut perintah... ces!!!...
Tetiap malam sebelom tido niat tanak malas..tapi bila nak bangun tido je...aduhhh...kuat benor kemalasan menghantui kewarasan..heheh...
so..camana skang ni?...jangan la malas... rerajin la masuk keje... baru la masyuk $$$$$$$!!

Friday, February 25, 2005

lamanye tak lepak kat sini...

assalamualaikum...
hmmm...lama tol aku tak lepak kat sini...dah dekat 3 bulan aku tak lepak kat sini...start cc tak leh bukak sbb api kena potong, pastu ikut bos wat cabling kat Kontena Nasional (Konnas) kat pandamaran ngan subang jaya, pastu raya eidulfitri, pastu baru nak raya lelama, MIMOS panggil keje..kekeke..dapat gak aku keje sebagai Sales Exec atau lebih best skit kalo nak sebut, Channel Sales & Corporate Exec. hihihi..hmm..dah dekat dua bulan keje kat sini..baru jual satu PC..tak pe..masaku belum tiba...lepas ni ko tengok la MIMOS..mau tak cukup kakitangan ko nak assemble PC utk customer aku..hahhahaah(gelak jaat).....
Keje kat MIMOS ni ade best, ade tak best..camacam..penuh ngan politik bisnes...tunggu la aku menceburi bidang politik bisnes nanti...hahahahahh(gelak jaat lagi)..tak pe aku maseh baru disini..wait for 5-7 months..pastu kalu tak seswei, blah la dari sini...lagi pon mana ade duit nak bayor bond sampai RM2800.00..terberak aku nak cari..gaji skang ni pon bahagi tiga....giler...
so, sesape nak beli PC, call je aku...jangan malu...meh beli PC buatan malaysia yang terhangat dipasaran......

Saturday, October 16, 2004

boringnye ari nih....

hmmmm...ari ni keje masuk lambat 1/2 jam...ayooo....malam tadi tak tido, bantai tido smpi kul 1 ptg...
malam tadi punye la niat nak sahur kat masjid, tp tinggal aku ngan nazim je, shah, areq ngan izuan tido kepong, arep dah balik kg..rindu kg la tu....malas lak rasa nak pegi sana..trus turun kat asan kafe kul 3.30 pg - makan roti kosong ngan susu tarik...jadi la..janji saho...
ari ni keje pon kastemer tak ramai..mungkin dak2 itm dah ramai dah yg balik umah..so pendapatan cc ni tak berapa la gamaknya bulan pose nih...jgn gaji aku sangkut dah..tak raya kang...
smalam buka kat umah..beli kat bazar sek 18..hmm..ramai gila org..ari ni buka pose kat masjid la pulak..best gak..sambung terawih trus....
kul 6 blah, pastu balik besiap gi masjid..kekeke..kalo tak bulan pose..payah tul nak ke masjid...apelah aku nih...oklah...slamat bebuka pose...

Thursday, October 14, 2004

selamat berpuasa.....

ari ni idup aku ok sket...hehe..Alhamdulillah....tapi masuk keje lambat lak..kul 6.30 p.m .. aiseh .. lari la gaji aku bulan nih... takpe la..nnt leh mintak ngan bos duit raya..heheh..
petang td gi interview kat HEP UiTM..hhmmmm..post Sales Executive kat MIMOS...tak penah2 aku minat nak buat keje sale & makerting ni..tup2 aku gi jugak..pehal ngan aku nih??...hehehe..lantak la..aku pon tak paham..hati kata tanak tapi antar gak borang..org no 2 lagi tu kena interview...seb baik arep tolong aku mlm td..kalo tak mau gagap aku nak cakap omputih..kekeke...

satu je yg aku bengang ari ni .. nape la email aku tak leh bukak..tak paham aku..geram tul...dah la email tu aku wat cari keje...messenger leh lak dia bukak..
tak paham..tak paham...

so, kepada aku..selamat berpuasa...pose elok2..jgn tinggal lak...tahun ni cam biasa..masjid shah alam sasaranku...

yearrgghhh.....blog pertama aku!!!

hmmm....akhirnya ada juga tempat tuk aku lepaskan geram..heheh..aku sebenarnya geram tahap dewa kat sorang mamat ni yg tak penah nak paham bahase..otak die dah tak betol kot...pape hal pon..aku kena sabar gak..mungkin ade hikmah disebalik kot...tapi aku memang tak paham manusia yg jenis tak paham, tak reti bahase nih!!...hmmppphhh...sabo je la fuad....